Võ Văn Thưởng
Võ Văn Thưởng

Võ Văn Thưởng

Võ Văn Thưởng (lahir 13 Disember 1970) ialah ahli politik Vietnam yang berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut sejak 2023 sekaligus orang termuda berkhidmat dalam jawatan ini sejak penubuhan republik itu pada 1945.[lower-alpha 1][1][2][3] Thưởng ialah pegawai tertinggi kedua di Vietnam selaku ketua negara selepas Setiausaha Agung Parti Komunis.[4][5]Beliau kini merupakan ahli Politburo dan setiausaha tetap Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV), dan ahli Perhimpunan Kebangsaan Vietnam ke-15. Beliau ialah ketua Jabatan Propaganda Pusat PKV dari 2016 hingga 2021, timbalan Setiausaha tetap Jawatankuasa Parti Bandar Raya Ho Chi Minh; Setiausaha Jawatankuasa Parti Quang Ngai; setiausaha tetap dan Setiausaha Pertama Jawatankuasa Pusat Kesatuan Belia Komunis Ho Chi Minh, dan pengerusi Persekutuan Belia Vietnam.[6] Beliau adalah ahli termuda dalam Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti dalam sejarah Parti Komunis Vietnam.Thưởng memegang ijazah Sarjana dalam bidang falsafah dan ijazah lanjutan dalam teori politik. Beliau adalah ahli Perhimpunan Kebangsaan Vietnam ke-12 dan ke-14, dan ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam sejak 2011.[7]

Võ Văn Thưởng

Lahir (1970-12-13) 13 Disember 1970 (umur 52)
Hải Dương, Republik Demokratik Vietnam
(kini Vietnam)
Didahului oleh Nông Quốc Tuấn
Alma mater Universiti Hồ Chí Minh City
Universiti Sains Sosial dan Kemanusiaan Bandar Raya Ho Chi Minh
Akademi Politik Kebangsaan Hồ Chí Minh
Digantikan oleh Nguyễn Đắc Vinh
Laman web rasmi Laman rasmi Presiden
Setiausaha Agung Nguyễn Phú Trọng
Perdana Menteri Phạm Minh Chính
Parti politik Parti Komunis Vietnam (1993–kini)
Naib Presiden Võ Thị Ánh Xuân
Kediaman Istana Presiden

Rujukan

WikiPedia: Võ Văn Thưởng http://www.vnexpress.net/GL/Xa-hoi/2006/08/3B9ED9A... http://web.archive.org/web/20120317053935/http://d... http://baochinhphu.vn/Hoat-dong-cua-lanh-dao-Dang-... http://www.nhandan.com.vn/chinhtri/item/28651502-b... http://www.nhandan.com.vn/chinhtri/item/28734002-q... http://www.thanhdoan.hochiminhcity.gov.vn/ThanhDoa... http://dbqh.na.gov.vn/XII/Daibieu.aspx http://www.tienphong.vn/xa-hoi/chan-dung-bon-pho-b... http://vietnamnet.vn/chinhtri/2007/01/653546/ https://www.reuters.com/world/asia-pacific/vietnam...